Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 HARI INI :

WAKTU :

 

 

Laman Utama

 

Home 
Sejarah Sekolah 
Berita 
Pentadbiran 
Maklumat 
Hubungi Kami 

 

 

 Anda merupakan

pelawat yang ke:

 

[an error occurred while processing this directive] Buku Pelawat :

 

 

 

 Logo Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, Kuala Terengganu

Kata aluan Guru Besar SK Pulau Redang, Kuala Terengganu.

Guru Besar SK Pulau Redang

En. Ibrahim b Hashim

 

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU REDANG

KUALA TERENGGANU

TERENGGANU

 

SEKAPUR SIREH DARIPADA TUAN GURU BESAR

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh………….

 

       Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

 

      Alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita meneruskan segala kerja buat kita sepertimana yang telah diamanahkan kepada kita.

 

     Sekolah merupakan satu institusi yang mempunyai cita-cita dan aspirasi tersendiri di samping cita-cita dan  aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Negara. Walaupun kejayaan sesebuah sekolah masih lagi diukur berdasarkan pencapaian akademiknya, terutama sekali  oleh masyarakat, pihak sekolah juga mempunyai tanggungjawab yang sangat berat untuk melahirkan manusia yang bukan sahaja harmonis dan seimbang tapi juga berperanan membekalkan anak-anak dengan ilmu untuk mereka menghadapi dunia dalam era globalisasi yang penuh dengan pancaroba.

 

     Kita sedar dengan segala kekurangan yang ada kita sudah tentu terhalang dalam menjalankan segala aktiviti yang telah dirancang , namun percayalah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.  Untuk mencapai cita-cita bukanlah suatu perkara yang mudah namun dengan sikap dan kesungguhan yang ada pada semua guru dan tenaga sokongan yang lain saya yakin kejayaan akan dapat kita kecapi dengan izinNya.

 

     Besarlah harapan saya agar semua aktiviti yang dirancang  dapat dijalankan dengan jayanya. Semoga dengan keikhlasan, iltizam dan dedikasi guru-guru semua, sekolah kita akan terus mendapat kejayaan yang diharapkan dalam segala bidang.

 

     Di samping itu amalan konsep tolong-menolong harus direalisasikan dalam menjayakan segala perancangan dan aktiviti.

 

 

“ BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG “

“ BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT “

 

 

 

Sekian, terima kasih,

“ SEKOLAH ITU MULIA “

( IBRAHIM BIN HASHIM )

Guru Besar

S K Pulau Redang

Kuala Terengganu

Terengganu.

 

 

[Home][Sejarah Sekolah][Berita][Pentadbiran][Maklumat][Hubungi Kami]

Copyright(c) 2005 Sekolah Kebangsaan Pulau Redang. All rights reserved.
skpulauredang@yahoo.com